LPNM: Cara Mohon Rumah Mampu Milik Melaka

Sejajar dengan hasrat “Satu Keluarga Satu Rumah,” warga negeri Melaka atau mereka yang menetap di Melaka berpeluang untuk mengemukakan permohonan bagi pelbagai kategori Rumah Mampu Milik di Melaka dengan harga yang lebih berpatutan berbanding pasaran, melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPNM).

Berikut adalah panduan dan kelayakan permohonan untuk memiliki Rumah Mampu Milik di Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka.

LPNM Cara Mohon Rumah Mampu Milik Melaka

Latar Belakang LPNM

Lembaga Perumahan Melaka (LPM) adalah sebuah agensi kerajaan Negeri Melaka yang diasaskan pada 17 Disember 2002 melalui Enakmen Lembaga Perumahan Melaka (ELPM) 2002 dan diwartakan pada 17 Disember 2002 melalui Warta Kerajaan Jilid 46, No. 25 Tahun 2002.

Sebelum penubuhan Lembaga Perumahan Melaka, fungsi ini dilaksanakan di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Negeri Melaka menjadi negeri kedua yang menubuhkan Lembaga ini, mengikuti langkah Kerajaan Negeri Selangor, sebagai usaha untuk memperkukuhkan peranan Kerajaan Negeri dalam sektor perumahan.

Jenis-Jenis Rumah Mampu Milik Yang Disediakan Oleh LPNM

1. Jenis Rumah PPR

a. Syarat/Kriteria Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Berumur 20 tahun ke atas

b. Harga tertinggi: RM42,000 setiap unit

c. Butiran: 3 bilik tidur, 2 bilik air

d. Saiz: Sekurang-kurangnya 750 kaki persegi binaan

e. Dokumen yang perlu diserahkan: *Sila lihat gambarajah di bawah

LPM - Jenis Rumah PPR

2. Jenis Rumah Kos Rendah

a. Kriteria Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Berumur 20 tahun ke atas
  • Harga maksimum: RM42,000 setiap unit

b. Butiran: 3 bilik tidur, 2 bilik air

c. Saiz: Sekurang-kurangnya 750 kaki persegi binaan

d. Dokumen yang perlu diserahkan: *Sila lihat gambarajah di bawah untuk panduan

LPM - Jenis Rumah Kos Rendah

3. Jenis Rumah Kos Sederhana Rendah

a. Kriteria Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM6,000 ke bawah
  • Berumur 20 tahun ke atas
  • Harga maksimum: RM80,000 – RM100,000 setiap unit

b. Butiran: 3 bilik tidur, 2 bilik air

c. Saiz: Sekurang-kurangnya 850 kaki persegi binaan

d. Dokumen yang perlu diserahkan: *Sila lihat gambarajah di bawah untuk panduan

LPM - Jenis Rumah Kos Sederhana Rendah

4. Jenis Rumah Mampu Milik

a. Kriteria Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • Berumur 20 tahun ke atas
  • Harga maksimum: RM180,000 setiap unit

b. Butiran: 3 bilik tidur, 2 bilik air

c. Saiz: Sekurang-kurangnya 1000 kaki persegi binaan

d. Dokumen yang perlu diserahkan: *Sila lihat gambarajah di bawah untuk panduan

LPM - Jenis Rumah Mampu Milik

5. Jenis Rumah Belia

a. Kriteria Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Harga maksimum: RM150,000 – RM180,000 setiap unit

b. Butiran: 3 bilik tidur, 2 bilik air

c. Saiz: Sekurang-kurangnya 1000 kaki persegi binaan

d. Dokumen yang perlu diserahkan: *Sila lihat gambarajah di bawah untuk panduan

LPM - Jenis Rumah Belia

6. Jenis Rumah Berkat

Rumah Berkat adalah pilihan sewa kos rendah dengan bayaran bulanan sebanyak RM150.

Kriteria Kelayakan:

  • Pemohon dan pasangan perlu menjadi warganegara Malaysia
  • Dikehendaki berkahwin
  • Usia pemohon adalah antara 20 hingga 35 tahun
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri
  • Pemohon wajib bekerja di Melaka
  • Pendapatan seisi rumah tidak boleh melebihi RM3,000
  • Tempoh sewaan adalah selama 3 tahun
  • Tiada rekod jenayah
  • Harga sewaan bulanan: RM150

Butiran: 3 bilik tidur, 2 bilik air

Saiz: Sekurang-kurangnya 750 kaki persegi binaan

Dokumen yang perlu diserahkan: *Sila lihat gambarajah di bawah untuk panduan

LPM - Jenis Rumah Berkat

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Melaka

Terdapat dua cara untuk memohon rumah mampu milik Melaka iaitu secara manual dan melalui online.

A. Cara Mohon Rumah Mampu Milik Melaka Manual

Anda boleh memperoleh borang permohonan rumah mampu milik di pejabat Lembaga Perumahan Melaka, kaunter LPM di UTC, dan juga memuat turun secara dalam talian melalui laman web LPNM di https://lpnm.gov.my/.

Pejabat Lembaga Perumahan Melaka beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

B. Cara Mohon Rumah Mampu Milik Melaka Online

Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah-langkah permohonan secara dalam talian adalah seperti berikut:

  1. Akses pautan https://espt.lpnm.gov.my/frontend/web/user/login.
  2. Klik pada pilihan ‘Daftar Pengguna’.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran.
  4. Lakukan pengesahan melalui e-mel.
  5. Pilih projek yang sesuai dengan kelayakan anda.
  6. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan anda.
  8. Semak status permohonan dan terima maklumbalas dalam masa terdekat.

Catatan: Penawaran projek tertakluk kepada ketersediaan unit rumah dan jumlah permohonan.

Senarai Projek

Bagi melihat senarai penuh projek dalam setiap kategori, sila kunjungi pautan berikut: https://lpnm.gov.my/projek/senarai-projek/.

Baca juga: Skim Rumah Pertamaku: Bantuan bagi Pembelian Rumah Pertama

Maklumat Lanjut

Pejabat Lembaga Perumahan Melaka:

No. 9 – 1, Jalan TU 49A,
Kompleks Komersial Boulevard,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh.
Tel: 6062320450

Pejabat Lembaga Perumahan Melaka Cawangan UTC:

Aras 5, Bangunan UTC Melaka,
Jalan Hang Tuah,
Melaka.
Tel : 6063333333

Optimized by Optimole