i-Wira LTAT

Kini, segala-galanya ada di hujung jari! Portal i-Wira dan aplikasi MyWira menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian kepada pencarum LTAT, yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Di bawah ini, kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenai i-Wira LTAT dan aplikasi i-Wira untuk pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

i-Wira LTAT

Baca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang i-Wira LTAT.

Apa Itu LTAT?

LTAT adalah sebuah Badan Berkanun Kerajaan yang telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen, iaitu Akta 101, 1973, untuk menyediakan faedah persaraan dan manfaat lain kepada pencarum-pencarum yang diwajibkan kepada LTAT. Ini merangkumi Pegawai Tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Anggota Pangkat Lain-Lain serta pencarum sukarela yang terdiri daripada Pegawai ATM dan Ahli Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS).

Siapakah Pencarum Wajib?

Pencarum Wajib LTAT terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Pegawai Tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikehendaki menyumbang 10% daripada gaji bulanan mereka, berserta 15% sumbangan Kerajaan secara kiraan, dan juga Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM yang dikehendaki menyumbang 10% daripada gaji bulanan mereka serta 15% sumbangan Kerajaan.

Jumlah keseluruhan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum setiap bulan adalah sebanyak 25%.

Pegawai Tetap ATM yang dilantik selepas 1 Januari 2016 diwajibkan untuk menyumbang, dan Anggota ATM Lain-Lain Pangkat akan menjadi pencarum secara automatik setelah potongan pertama caruman bulanan diterima oleh LTAT melalui Urusan Gaji ATM (UGAT).

Potongan caruman bulanan akan dikenakan ke atas gaji bulanan anggota dan akan dihantar kepada LTAT setiap bulan oleh UGAT.

Apa itu i-Wira?

Beberapa perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna i-Wira termasuklah:

  • Menyemak penyata caruman LTAT bagi tahun semasa dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak maklumat penamaan waris anda.
  • Menyemak Dana Unit Amanah Affin Hwang.
  • Menyemak sejarah pengeluaran caruman anda.
  • Membuat aduan, pertanyaan, atau cadangan.

Cara Daftar i-Wira

Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar dan log masuk ke Sistem i-Wira LTAT:

  1. Buka pelayar internet anda, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox, dan taip atau klik URL iwira.ltat.org.my.
  2. Paparan yang seperti di bawah akan muncul.
  3. Klik butang ‘LOG MASUK‘.
  4. Klik pautan ‘Pendaftaran i-Wira‘.
  5. Isi semua butiran yang diperlukan, termasuk:
  • No Tentera: Masukkan nombor tentera anda tanpa ‘T’ (Tidak perlu menyertakan huruf ‘T’).
  • Emel: Masukkan alamat emel yang aktif dan kekal.
  • Secure Word: Anda perlu memilih apa-apa perkataan yang terdiri daripada 5 hingga 20 huruf dan tidak mengandungi ‘special character’. Secure Word ini adalah satu pengesahan tambahan untuk memastikan bahawa laman masuk adalah laman Sistem i-Wira yang sebenar. Anda akan diminta memasukkan Secure Word semasa pendaftaran Sistem i-Wira yang telah dikemaskini. Ia bukan kata laluan Sistem i-Wira anda. Pastikan Secure Word berbeza daripada kata laluan atau nombor tentera anda.
  • Kata Laluan: Pilih kata laluan anda. Kata laluan perlu sekurang-kurangnya mengandungi 8 aksara atau lebih, dan perlu memenuhi sekurang-kurangnya 4 jenis aksara berikut: huruf besar [ABC], huruf kecil [abc], nombor [123], dan simbol [@ #$].
  • Sah Kata Laluan: Masukkan semula kata laluan yang sama untuk pengesahan.

Setelah mengisi butiran ini, tekan butang ‘Daftar’ untuk menyelesaikan proses pendaftaran. Anda kemudian boleh menggunakan maklumat log masuk yang anda daftarkan untuk mengakses Sistem i-Wira LTAT.

Klik Di sini untuk Pendaftaran i-Wira

Selepas anda menyelesaikan proses pendaftaran, anda akan menerima emel pengaktifan akaun i-Wira pada alamat emel yang anda telah daftarkan (Sila periksa juga dalam ‘folder SPAM’ atau ‘JUNK’ jika perlu).

Anda perlu mengklik pautan yang terdapat dalam emel tersebut untuk mengaktifkan akaun i-Wira anda.

  • Jika pautan (link) tidak dapat diklik, anda boleh memilih (select) pautan tersebut, menyalin (copy), dan menampal (paste)nya pada bar alamat (address bar) dalam ‘browser’ internet anda, lalu tekan ‘Enter’.
  • Harap diingat bahawa pautan yang dihantar melalui emel ini hanya akan berfungsi selama 24 jam selepas anda mengklik butang ‘Daftar’.

Sila rujuk manual penuh di: http://www.ltat.org.my/borg/panduaniWira.pdf

Cara Semakan Penyata Caruman

  • Anda harus memiliki Nombor Tentera dan Kata Laluan i-Wira. Jika anda belum memilikinya, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
  • Jika anda telah mendaftar i-Wira, sila Log masuk ke i-Wira dan klik pada pautan tab ‘Penyata’.

Aplikasi MyWira

Aplikasi mudah alih MyWIRA membolehkan anda mengakses akaun caruman LTAT anda dengan lebih pantas pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pengguna i-Wira yang sudah ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk log masuk ke dalam aplikasi mudah alih MyWIRA.

Baca juga: Affin Hwang LTAT: Semakan Baki Pelaburan Unit Amanah LTAT

Cara Daftar Aplikasi MyWira LTAT

  1. Muat turunkan aplikasi MyWIRA ke peranti mudah alih anda.
  2. Ketikkan pada butang DAFTAR untuk mendaftar sebagai pengguna.
  3. Isi dengan betul maklumat peribadi anda. Pastikan nombor telefon dan emel yang anda gunakan adalah aktif.
  4. Masukkan KOD PENGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar atau emel yang anda daftarkan dalam kotak yang sesuai.
  5. Pendaftaran anda telah berjaya. Ketikkan pada butang SELESAI, dan anda boleh log masuk untuk mengakses akaun LTAT anda serta menu-menu lain.

Nota: Pengguna i-Wira yang telah sedia ada boleh menggunakan nombor tentera dan kata laluan yang sama untuk log masuk ke dalam aplikasi ini.

Maklumat Lanjut i-Wira LTAT

Untuk maklumat lanjut tentang i-Wira LTAT, sila rujuk:

Laman web i-Wira: https://www.ltat.org.my/ms/ahli/i-wira/i-wira-soalan-lazim/
Aplikasi MyWira: https://www.ltat.org.my/ms/ahli/mywiramy/
Pusat Khidmat Pelanggan LTAT: 1300 88 5828
Jabatan Pengurusan Pencarum
Tingkat Bawah, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Optimized by Optimole