Cara Terminate Maxis Fibre, Mudah dan Simple

Bagi anda yang berminat untuk mencuba perkhidmatan lain seperti selain Maxis Fibre, kami akan berkongsi langkah-langkah untuk menamatkan langganan Maxis Fibre anda.

Cara Terminate Maxis Fibre

Cara Terminate Maxis Fibre

Di Bawah dua cara terminate Maxis Fibre yang mudah untuk anda ikuti.

Cara Terminate Maxis Fibre Secara Online

Untuk menamatkan langganan Maxis Fibre secara dalam talian, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka laman web Portal Maxis melalui pelayar internet.
  2. Log masuk ke akaun Maxis anda setelah masuk ke laman web tersebut.
  3. Jika anda baru menggunakan perkhidmatan Maxis, daftar sebagai pengguna pertama dengan mengklik “First Time User“.
  4. Setelah log masuk, cari dan klik “View My Invoice” untuk menyemak baki belum dibayar dan tertunggak. Pilih invoice terbaru anda.
  5. Invoice akan menunjukkan jumlah bayaran tertunggak yang perlu dibayar sebelum anda menamatkan langganan Maxis Fibre.
  6. Anda boleh membuat pembayaran dengan mengklik “Proceed“. Pelbagai kaedah pembayaran termasuk menggunakan kad kredit atau FPX daripada bank pilihan seperti Maybank2u.
  7. Selepas pembayaran, semak status pembayaran anda dengan klik “View Payment History“.
  8. Selepas itu, klik “Live Chat” untuk berhubung dengan wakil Maxis.
  9. Tunggu panggilan anda disambut oleh wakil Maxis, dan kemudian jelaskan bahawa anda ingin menamatkan perkhidmatan Maxis Fibre anda.
  10. Selepas proses dijelaskan dengan wakil Maxis, langkah-langkah untuk menamatkan langganan Maxis Fibre anda akan disiapkan.

Cara Terminate Maxis Fibre Melalui Kaunter

Untuk menamatkan langganan Maxis Fibre melalui kaunter Maxis, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Kunjungi kaunter Maxis yang terdekat dengan lokasi anda.
  2. Di kaunter, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil.
  3. Apabila giliran anda tiba, berjumpa dengan pegawai di kaunter dan jelaskan niat anda untuk menamatkan langganan Maxis Fibre.
  4. Pegawai akan meminta maklumat peribadi anda untuk pengesahan.
  5. Setelah itu, proses untuk menamatkan langganan Maxis Fibre anda akan diselesaikan.
Optimized by Optimole