Cara Tebus Internet Free Digi: Panduan Komprehensif

Setiap pengguna Digi berhak untuk menikmati 1GB Internet Produktifiti percuma yang boleh digunakan untuk keperluan pendidikan dan produktiviti termasuk akses ke laman web terpilih.

Internet gratis ini tersedia dari 12.01 pagi sehingga 11.59 malam setiap hari dan boleh ditebus oleh pelanggan setiap hari, sekali sehari.

Untuk menebus pakej internet percuma Digi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut.

Cara Tebus Internet Free Digi

Cara Tebus Internet Free Digi (1GB Internet Produktifiti Percuma)

Jika anda ingin menikmati internet percuma dari Digi tetapi tidak pasti bagaimana untuk menebusnya, berikut adalah langkah-langkah mudah untuk tebus internet 1GB percuma:

  • Untuk pengguna Prabayar/Prepaid (Panggilan dan Broadband): Taip *338*1*1# dan Hantar.
  • Untuk pengguna Pascabayar/Postpaid (Panggilan dan Broadband): Taip *238*1*1# dan Hantar.

Nota: Perlu diingatkan bahawa setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk menebus tawaran ini satu kali setiap hari. Sekiranya anda telah menggunakan tawaran pada hari tersebut, ia tidak akan diperbaharui secara automatik pada hari berikutnya.

Baca juga: Cara Langgan Internet Digi Unlimited: Pandual Mudah dan Praktikal

Aplikasi Yang Dapat Diakses Dengan Internet Free Digi

Berikut adalah senarai beberapa aplikasi yang boleh diakses:

GamingMusicSocial SiteVideo
Arena of ValorApple MusicBigoBigo
Call of DutyJOOXFacebookDailyMotion
Free FireShazamInstagramFB Live
King of DutySmuleSnapchatIGTV
Lagenda of RuneterraSoundCloudTelegramJOOX
Life AfterSpotifyTikTokNetflix
Lords MobileSYOKTumblrTikTok
Mobile LegendsQQ MusicTwitterViu
PUBG MobileWesingWechatYouTube
Rise of KingdomsYouTube MusicYYYY

Digi juga menawarkan pelbagai tawaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan harian anda. Ini merangkumi:

A. Untuk Pengguna Prepaid

  • Internet tambahan serendah RM1 setiap hari.
  • Kekal dilindungi dengan Digi Abadi, pelan prepaid pertama yang memberi anda perhubungan serta perlindungan insurans nyawa secara percuma.
  • Berhubung dengan setiap kepentingan menggunakan Digi Prepaid NEXT, satu-satunya pelan prepaid yang memberi anda 30 hari Internet-Pantas tersedia dengan harga serendah RM15.

B. Untuk Pengguna Postpaid

Pelanggan yang termasuk dalam kategori warga emas dan OKU berhak untuk menikmati diskaun bulanan sebanyak RM10 untuk mana-mana pelan postpaid sepanjang hayat.

Itulah beberapa cara untuk tebus Internet Free Digi sebanyak 1GB yang perlu anda ketahui.

Optimized by Optimole