Cara Mengatasi Masalah Rangkaian Celcom

Bagi anda pengguna Celcom yang menghadapi gangguan perkhidmatan data internet dan panggilan suara atau telefon.

Berikut kami kongsikan beberapa tip untuk mengendalikan masalah kesesakan rangkaian pada sim kad Celcom anda.

Cara Mengatasi Masalah Rangkaian Celcom

Tips Menangani Masalah Rangkaian Celcom (Kesesakan)

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda ikuti apabila Celcom menghadapi masalah kesesakan rangkaian:

  1. Tukar pengaturan data mudah alih anda kepada rangkaian 3G atau 2G sebagai alternatif apabila rangkaian 4G/LTE mengalami kesesakan. Walaupun data mungkin bergerak dengan lebih perlahan dalam rangkaian 2G atau 3G, ini adalah pilihan yang berkesan ketika rangkaian 4G mengalami gangguan.
  2. Hadkan panggilan telefon jika tidak penting dan gunakan teks mesej sebagai gantinya, kerana penghantaran teks lebih mudah daripada panggilan telefon.
  3. Jika panggilan telefon tidak berjaya, tunggu selama 10 detik sebelum mencuba semula.
  4. Hindari menggunakan aplikasi yang memerlukan banyak data seperti perkongsian foto dan video, terutamanya memuat naik (upload) video HD atau menonton video dalam talian.
  5. Ubah tetapan untuk menonton video dalam kualiti yang lebih rendah untuk mengurangkan penggunaan data.
  6. Matikan penyelarasan data (data sync) automatik pada aplikasi yang tidak digunakan untuk mengelakkan penggunaan data yang tidak perlu.
  7. Tutup aplikasi yang tidak sedang digunakan, kerana aplikasi tersebut mungkin terus menggunakan data di latar belakang.
  8. Gunakan aplikasi untuk mempercepatkan kelajuan internet seperti Internet Speed Master atau Internet Booster & Optimizer.
  9. Mulakan semula telefon anda jika masalah masih berlanjutan.

Cara mengatasi masalah rangkaian Celcom kerana kesesakan ini boleh memberi kesan kepada penyedia perkhidmatan lain seperti TuneTalk, Unifi, dan Yoodo.

Ini kerana mereka berkongsi infrastruktur telekomunikasi yang sama untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

Optimized by Optimole