Cara Login RHB Online Banking

Penggunaan perbankan dalam talian semakin penting dalam dunia yang semakin digital ini. Bagi pengguna RHB Online Banking, langkah pertama adalah melalui proses log masuk yang mudah dan selamat.

Dalam artikel ini, kita akan menjelaskan dengan terperinci langkah-langkah cara Login RHB Online Banking. Dari memasukkan maklumat log masuk hingga pengesahan keselamatan tambahan, mari kita terokai bagaimana anda dapat mengakses perkhidmatan perbankan anda dengan mudah melalui RHB Online Banking.

Cara Login RHB Online Banking

Apa itu RHB Online Banking

RHB Online Banking merupakan platform perbankan dalam talian yang disediakan oleh RHB Banking Group. Ia membolehkan para pelanggan RHB mengakses perkhidmatan perbankan mereka melalui internet.

Melalui RHB Online Banking, pelanggan boleh menjalankan pelbagai transaksi perbankan, seperti memeriksa baki akaun, pemindahan dana, pembayaran bil, dan banyak lagi, tanpa perlu mengunjungi cawangan fizikal.

Platform ini menawarkan kemudahan akses 24/7, keselamatan yang tinggi, dan keselesaan dalam menguruskan urusan kewangan secara dalam talian.

Perkhidmatan yang boleh Dilakukan dengan RHB Online Banking

RHB Online Banking menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan yang membolehkan pelanggan menjalankan urusan kewangan mereka dengan mudah dan pantas secara dalam talian. Beberapa perkhidmatan yang boleh dilakukan melalui RHB Online Banking termasuk:

  1. Pemeriksaan Baki Akaun: Pelanggan boleh memeriksa baki akaun mereka serta melihat transaksi terkini dalam akaun mereka.
  2. Pemindahan Dana: Anda boleh memindahkan dana antara akaun RHB sendiri atau ke akaun bank lain.
  3. Pembayaran Bil: Anda boleh membayar bil utiliti, bil kad kredit, pinjaman, dan lain-lain dengan mudah melalui platform ini.
  4. Pembelian Produk Kewangan: Beberapa produk kewangan seperti insurans, unit amanah, dan lain-lain mungkin boleh dibeli atau diuruskan melalui perkhidmatan ini.
  5. Pelaburan: Anda boleh menguruskan pelaburan anda, membeli atau menjual saham, dan melihat prestasi portfolio pelaburan.
  6. Pengurusan Pinjaman dan Kredit: Anda boleh menyemak status pinjaman dan kredit anda, serta membuat pembayaran pinjaman atau kredit kad.
  7. Pengurusan Profil: Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi, mengubah kata laluan, dan menguruskan keutamaan pengesahan.
  8. Penyata dan Laporan: Anda boleh mengakses penyata akaun, penyata pinjaman, dan laporan transaksi lain.
  9. Pengesahan Dua Faktor: Untuk meningkatkan keselamatan, RHB Online Banking menggunakan pengesahan dua faktor seperti SMS TAC atau aplikasi pengesahan.
  10. Maklumat dan Berita Kewangan: Anda boleh mendapatkan akses kepada maklumat terkini berkaitan kewangan dan perbankan.
  11. Sokongan Pelanggan: Biasanya terdapat sokongan pelanggan dalam talian melalui chat atau telefon jika anda memerlukan bantuan.
  12. Pengurusan Perbankan Perniagaan: Jika anda pemilik perniagaan, terdapat perkhidmatan untuk menguruskan urusan perbankan perniagaan anda.

Register & Login RHB Online Banking

Untuk Login RHB, terdapat beberapa langkah yang perlu anda lalui seperti yang ditunjukkan dalam panduan di bawah.

A. Daftar Nombor Telefon Sebelum Daftar dan Login RHB Online Banking

  1. Sila Anda pergi ke mana-mana mesin ATM RHB Bank berhampiran dengan anda.
  2. Lalu, Anda masukkan kad pada mesin ATM dan masukkan nombor PIN anda.
  3. Kemudian, Anda pilih menu Internet Banking.
  4. Setelah itu, sila masukkan PIN RHB Internet Banking sebagai proses pengesahan.
  5. Seterusnya, Anda akan menerima resit yang mengandungi enam hingga lapan aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang digunakan untuk pengaktifan.
  6. Tahniah! Proses untuk pendaftaran di mesin ATM selesai.

B. Register RHB Now Secara Online

  1. Sila Anda layari laman web rasmi di https://logon.rhb.com.my
  2. Selepas itu, Anda akan berada di laman utama RHB Now.
  3. Pada bahagian kanan laman, di bawah I am a first-time user, sila klik I want to Register.
  4. Selepas itu, pada laman seterusnya, Anda dibawa ke bahagian First Time User Registration. Pada bahagian Select your card type, sila Anda pilih ATM/Debit Card.
  5. Abaikan pada satu lagi ruangan di bawah kerana ia hanya untuk staff RHB Bank sahaja.
  6. Kemudian, tekan butang Next.
  7. Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM/Debit Card Nombor, sila masukkan nombor kad 16 digit yang berada pada kad ATM/Debit anda.
  8. Kemudian, pada ruangan ATM/Debit Card PIN, sila Anda masukkan nombor pin akaun bank anda.
  9. Selepas itu, tekan butang Next.
  10. Kemudian, pada laman seterusnya, pada ruangan Username, sila cipta username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  11. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan.
  12. Pada ruangan Confirm Password, sila masukkan semula kata laluan yang anda ingin gunakan.
  13. Untuk Secret Word, sila Anda cipta satu perkataan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda.
  14. Kemudian, baca terma dan syarat yang telah tersedia di bawah sebelum mendaftar. Selesai baca, sila Anda Tick pada kotak tersebut.
  15. Pada ruangan Newsletter/Promotion Alerts, Anda Tick sama ada anda mahu ataupun tidak sebarang promotion alertdaripada pihak RHB kepada anda.
  16. Seterusnya, tekan butang Next.
  17. Tahniah! Pendaftaran Anda telah berjaya.
  18. Selesai.

C. Cara Login RHB Now Online Banking

  1. Sila Anda layari laman web rasmi RHB Now di https://logon.rhb.com.my
  2. Kemudian, lihat di bahagian Hello. Sila klik Please Login.
  3. Pada ruangan Username, sila Anda masukkan username Anda.
  4. Selepas itu, tekan butang NextGet Secret Word.
  5. Seterusnya, sila Anda lihat Secret Word yang terpapar.
  6. Jika betul, Anda tekang butang Yes.
  7. Pada ruangan Password, sila Anda masukkan kata laluan anda.
  8. Seterusnya, Anda tekan butang Login.
  9. Jika tiada apa-apa masalah, Anda akan berjaya login ke dalam sistem RHB Now.
  10. Sila Anda Check nombor akaun RHB Anda untuk rujukan jika diperlukan.
  11. Selesai, untuk panduan cara Login RHB.

Baca juga: Cara Buka Akaun CDS RHB Investment Bank.

Dengan langkah-langkah Login RHB Online Banking yang mudah dan pantas, kini anda dapat menikmati keselesaan perbankan dalam talian melalui RHB Online Banking. Penggunaan platform ini memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan perbankan, menjadikan pengurusan kewangan anda lebih senang dan efisien.

Optimized by Optimole