Bantuan Prihatin Nasional 2020: Semak Keadaan Permohonan Terkini BPN

Dalam penyiaran langsung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional.

Bantuan ini dijadualkan akan disalurkan kepada semua rakyat yang layak pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Menariknya, golongan M40 turut akan mendapat manfaat daripada bantuan ini untuk kali pertama.

Pemberian bantuan kepada golongan B40 akan berdasarkan pangkalan data BSH 2020, manakala bagi golongan M40 akan berdasarkan data percukaian LHDNM.

Bantuan Prihatin Nasional 2020

Kategori Penerima Bantuan Prihatin Nasional

Berikut adalah kelayakan bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional untuk golongan B40 dan M40.

Golongan Penerima B40

Di bawah ini adalah golongan penerima B40 yang memenuhi syarat:

Kriteria bagi isi rumah yang layak termasuk:

  • Menikah; atau
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang melaporkan maklumat anak dalam permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.

Kriteria untuk golongan bujang termasuk:

  • Bujang atau ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak melaporkan anak dalam permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,000.

Golongan Penerima M40

Untuk golongan M40 yang memenuhi syarat, kriteria adalah seperti berikut:

Kriteria bagi isi rumah yang layak termasuk:

  • Berkahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan bulanan agregat adalah di antara RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

Kriteria untuk individu berstatus bujang termasuk:

  • Terdapat dalam data percukaian sebagai individu bujang; dan
  • Berusia 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan berada dalam lingkungan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Jumlah Bantuan Prihatin Nasional

Seperti yang telah diumumkan, bantuan jumlah tersebut dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:

  • RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. 
  • RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei. 
  • RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020. 
  • RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei. 

Dalam pengumuman tersebut, Perdana Menteri turut menyatakan bahawa pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dijalankan akan disalurkan pada bulan Julai 2020.

Baca juga: Inisiatif Belia Berniaga: Bantuan Modal RM15,000 Oleh MBM

Kaedah Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional

Pembayaran akan dilaksanakan pada penghujung bulan April dan Mei.

Tarikh rasmi pembayaran masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Kaedah pembayaran untuk golongan B40 adalah seperti berikut:

  • Jika terdapat maklumat akaun — pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun;
  • Jika status kredit tidak berjaya — pembayaran akan diberikan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN);
  • Jika tiada akaun yang tersedia — pembayaran akan diberikan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk golongan M40, kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Pembayaran akan dijalankan melalui akaun bank yang disenaraikan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
  • Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun ketua isi rumah.
  • Jika pilihan taksiran bersama telah dibuat, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang berada atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2020

Individu yang layak dapat memeriksa status BPN mereka melalui portal rasmi LHDNM, Bantuan Sara Hidup, atau Kementerian Kewangan.

Pemeriksaan boleh dilakukan mulai 1 April.

Jika anda memenuhi syarat tetapi tidak disenaraikan, anda berpeluang untuk mengemukakan permohonan baru secara dalam talian melalui portal yang disenaraikan.

Apabila permohonan baru diluluskan, pembayaran akan dijalankan pada bulan Mei.

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Golongan pelajar IPT tidak dilupakan, di mana kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM200 sebagai bayaran sekali yang akan disalurkan pada bulan Mei.

Bantuan ini merangkumi semua pelajar termasuk pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA, dan IPTS.

Tambahan pula, Kerajaan telah memperpanjang tempoh penangguhan pembayaran balik PTPTN selama 6 bulan.

Program mySalam juga menyediakan bantuan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Optimized by Optimole